Thursday 10 September 2015

KEMANA PERGINYA MASA ???


Sekadar renungan buat insan yang ingin berjaya...   

Kita sebagai manusia telah dibekalkan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari...

Tidak boleh mencuri hak orang lain, tidak boleh meminjam, menukar atau membeli masa orang lain walau sekaya manapun seseorang itu, walau berpangkat tinggi dan mempunyai kuasa yang maha hebat...

Namun tidak dapat dinafikan, walaupun masa yang ada adalah sama..namun masih ada yang merungut yang masa mereka tidak mencukupi ... banyak kerja yang tidak selesai dan akhirnya ..terus berlambak – lambak tanpa kesudahan..bermasam muka dengan rakan sekerja kerana tugasan yang diberikan tidak dapat dilaksanakan ..... tapi ada juga yang merasakan masa mereka terlalu banyak...kerana seringkali member seribu alas an jika ingin diberikan tugas..

Mengapa ini boleh berlaku ???
Cuba sekali sekala ...kita renung apa yang kita buat bila bangun dari tidur...

Apa yang dibuat sepanjang hari dan terus ke malam...

Adakah memberi manfaat kepada diri kita sendiri ?..kepada keluarga ?..masyarakat dan seterusnya Negara kita..

Namun jika kita bertekad .... untuk menggunakan setiap perinci masa dengan aktiviti yang berfaedah ..pastikan akan menjadi realiti dan bukan hanya fantasi ....

Sebagai contoh :- Mulakan sesuatu dengan perkara yang kita gemari dan  pastikan kita akan rasa suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata – kata...

Renung – renungkanlah .... kita akan bertemu lagi ...dalam titipan seorang penulis yang baru melingkarkan coretannya diruangan yang indah ini...