Wednesday 18 July 2012

Mencari Redha .....

Bersyukurlah atas kurniaanNYA ........

        Kita diberi peluang untuk terus bernafas dan menikmati segala kenikmatan yang tidak ternilai seperti kesihatan, kebahagiaan dan kesenangan. Kita mampu hidup dengan aman dan damai tanpa kita rasa takut dan risau. Kita mampu berbelanja dengan duit gaji ataupun hasil titik peluh kita setiap hari. Dengan wang ringgit inilah kita membesarkan anak - anak dan nafkah buat isteri, adik beradik dan ibu bapa serta mereka yang memerlukan. Itulah tanggungjawab kita selagi kudrat mampu untuk meneruskan kehidupan ini.


       Namun ..adakah pernah anda terfikir .... BERKATkah rezekiku ini? .... Adakah sering kita bersedekah jika ada lebih ?  atau berkongsi dengan mereka yang amat memerlukan.

       Apakah kekecewaan seorang ibu atau bapa ? Masing - masing ada jawapannya sendiri. Paling penting renungkanlah secara telus...... ADAKAH ????????????

     (i)   Aku menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin?
   
     Sebagai seorang insan, adakalanya bila mendengar rakan - rakan tidak menjalankan tugas / kerjaya (bergantung kepada tugas masing - masing ) dengan sebaik mungkin seperti yang telah diamanahkan. Kadang - kadang aku terfikir, macamana dengan rezeki yang anda perolehi sedangkan anda tidak buat kerja yang telah diamanahkan. Jika keadaan ini berlaku kepada anak - anak anda apa perasaan anda.... Anak anda terbiar tanpa sesiapa yang membimbingnya .... Sedarlah .... kita tidak tahu apa nasib kita 10 atau 20 tahun akan datang ..... Sedarlah sebelum terlambat ...

Jalankanlah tugas dengan seikhlas dan sebaik mungkin ..agar rezeki yang kita perolehi itu berkat ...

Harapanku semoga sesiapa yang membaca ..nukilan ini ... berfikir sejenak ..adakah anda tergolong seperti yang dinyatakan di atas.....

Sama - samalah kita mengubah hidup ke arah yang DIREDHAI ..... AMIN..................








Remaja Pewaris Negara Bangsa ....

 Teknik membaca pantas

      Memang beruntung sekiranya anda dapat menguasai kaedah  
   membaca   pantas. Membaca pantas ialah cara mengimbas poin - poin 
   penting atau kata - kata kunci dalam buku. Membaca pantas juga 
   membolehkan anda membaca pelbagai buku tanpa mengabaikan buku - 
   buku dan kerja sekolah. Membaca jambatan ILMU ......



Bagaimana caranya ?

      Apabila membaca, tumpukan mata anda di tengah - tengah muka surat. Gunakan pembaris sebagai penanda ayat di baris. Selepas membaca setiap ayat, tarik pembaris ke bawah dengan perlahan. Melalui cara ini, mata anda akan melihat setiap perkataan dan serta merta mendaftarkannya di minda. Baca secara perlahan setiap patah perkataan yang anda lihat. Teruskan pembacaan. Anda hendaklah berusaha untuk memahami apa yang terkandung dalam muka surat berkenaan dalam masa beberapa saat sahaja.

    Sentiasa bersiap sedia dengan pen dan kertas untuk mencatat poin - poin penting yang disampaikan oleh guru atau yang dibaca. Adalah dinasihatkan agar anda membuat pembacaan terlebih dahulu sebelum kelas bermula agar anda lebih faham. Kini yang amat mengecewakan para pelajar kurang dan malas membawa buku teks ke sekolah. Semua mengharapkan guru yang menyediakan.

   Berubahlah ke arah kehidupan yang lebih berdisiplin dan bermakna. Hargailah segala kemudahan dan peluang belajar yang diberikan dengan cukup selesa. Jagalah harta benda sekolah agar anda dapat belajar dengan selesa. Jangan bertindak sebagai vandalisme dan menyusahkan pihak sekolah.

     

Hargailah  segala yang telah disediakan agar hidup anda lebih diberkati ......

Wassalam.......
      

Sunday 6 May 2012

Ke mana hala tuju anda ? Berjaya atau Sengsara ?


Kucing pun ingin belajar ....apa lagi MANUSIA ?


Sudah masuk bulan Mei 2012..dan bagi yang ingin menduduki PMR dan SPM, masanya tidak terlalu lama lagi untuk anda semua membuktikan kepada diri anda sendiri, sekolah dan keluarga anda boleh berjaya .....Yang penting perlu berusaha bersungguh - sungguh kerana tiada jalan pintas atau 'shortcut' untuk berjaya.....

Tapi, bila diselidik dan dikaji...nilai moral dan harga diri seorang pelajar sudah tiada lagi {tidak semua} hanya sebahagian saja. Tetapi ini mampu memberi kesan dan impak yang cukup tinggi kepada kecemerlangan pelajar apatah lagi kejayaan sesebuah sekolah untuk melahirkan pemimpin yang bakal mewarisi kegemilangan negara.

Kenapa saya mengatakan demikian ?......

Apakah anda seorang pelajar yang menghormati guru ?
Menjaga harta benda sekolah dengan baik?
Berbaik - baik sesama rakan?
Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dalam tempoh yang diberikan ?

ATAU .....

Ponteng kelas dan melepak di sudut yang tidak dapat dilihat oleh orang lain? Tapi ALLAH nampak..
Melanggar peraturan sekolah seperti :-  MEROKOK, MEMBULI dan MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH?   dan banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan sebagai seorang warga sekolah .................. 
(tidak mampu untuk dinyatakan!!!!!!).

Kenapa ingin menyusahkan guru disiplin untuk mengejar kamu yang membuat kesalahan disiplin....Bukan kamu sahaja yang ingin dijaga ..tapi mereka ada tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar - pelajar di sekolah.

Berdosa besar jika "membenci" seseorang yang menyampaikan ilmu demi mempastikan kamu semua kelak(pelajar), mampu berdikari sendiri untuk mencari sesuap nasi ...Jangan anggap kesenangan yang kamu miliki akan kekal selama - lamanya.... sampai masa kamu semua perlu bekerja sendiri dan menyara keluarga kamu sendiri. Jangan harapkan orang tua akan menjaga kamu kerana sudah lumrah alam .... setiap yang hidup akan ...."PERGI" kepada penciptaNYA.

Jadi kalau kamu tidak mempunyai ilmu pengetahuan , tiada  keputusan yang cemerlang  dalam pelajaran dan TIADA sahsiah yang baik sebagai seorang manusia, bagaimana kamu boleh hidup dalam sebuah masyarakat. Kemungkinan besar , masyarakat pun akan membenci dan memulaukan anda semua.


Coretan ini hanya sekadar pendapat dan nukilan saya sendiri yang begitu bimbang dengan genarasi muda yang terlalu leka dengan kesenangan dunia tanpa mempunyai persiapan untuk meneruskan hidup dalam dunia yang begitu mencabar .....

Janganlah asyik menjadi hamba teknologi (HANDPHONE), walau dalam masa belajar kerana anda tidak mampu memberikan tumpuan. Kamu tak dengar apa yang diajar dan akhirnya menyalahkan guru yang mengajar, menyebabkan kamu tidak faham dan ketinggalan.


Berubahlah wahai anak didikku ...

belajarlah bersungguh - sungguh

jangan terlalu selesa dengan apa yang ada ....

Berusahalah untuk mencapai kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.


Harapan guru - guru ingin melihat anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, mempunyai perangai yang baik dan bertanggungjawab pada diri serta keluarga anda ....

Ingatlah harapan orang tua anda .....


Wassalam ...................

Monday 12 March 2012

Kejayaan bermula apabila

 ada usaha Mahu dan Buat


Idea yang amat bernilai dan baik itu, adalah petunjuk Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. Pelaksanaannya pula adalah bila mana anda memutuskan “Mahu” dan “Buat”.

Mantapkanlah pendirian anda dan tingkatkan keberanian anda untuk menjadikan idea anda menjadi satu realiti. Apa yang telah dilahirkan oleh minda anda, anda patut percaya. Jika ada perubahan pun, anda hanya cuma perlu melakukan perubahan yang kecil sahaja.


Anda adalah tuan dan hakim untuk memutuskan, sama ada idea itu akan dilaksanakan atau tidak. Jika anda ingin melaksanakannya dan kurang pengetahuan atau pengalaman, bertanyalah pada orang yang tahu.


Biarkan anda banyak impian, jangan banyak mimpi. Orang yang berjaya, banyak impian dan menjadikan setiap impiannya sebagai realiti atau kenyataan.  

Renungkanlah kata – kata ini.....  

Jangan hiraukan apa orang lain lakukan.
Buatlah lebih baik dari apa yang anda lakukan kini,
kalahkan rekod anda dari hari ke hari dan
 anda adalah seorang yang berjaya.
-William J. H. Boetcker

 Prinsip – prinsip Kejayaan jika “Mahu” dan “Buat”


  1. Sikap Diri dan Mental yang Positif
Hanya diri anda sendiri yang dapat mengawal sikap dan pendirian anda untuk menukar kehidupan anda menjadi lebih baik. Mereka di sekeliling anda hanya boleh mempengaruhi atau memberikan saranan tetapi harus diingat, andalah yang mengawal minda anda, sama ada menerima atau menolak sesuatu situasi itu.


  1. Tujuan dan matlamat yang jelas
Anda perlu tahu dengan jelas ‘Ke mana hala tuju anda?’. Ianya lebih dari memantapkan matlamat, ia adalah ibarat ‘Sebuah peta, perjalanan untuk menuju objektif keseluruhan kehidupan anda’.


Sebenarnya, kejayaan bukan diperolehi dengan sekelip mata sahaja, ia perlu diusahakan hinggalah pengikhtirafan yang sepatutnya anda perolehi. 

Renungkanlah bait – bait puisi ini...

Sebatang pena akan diisi dengan keringat sebagai tinta,

buat kulukis sebuah bulatan kecil bernama tekad.

kemudian akan kuletakkan cita – cita
di dalam bulatan itu,

di luarnya akan kulakar pula sebuah taman ilmu

dengan sebuah menara bertangga gading,

akan kuletakkan bulatan itu di puncaknya

dengan kudrat dan doa.

 Awang Abdullah ,DBP 2008


  1. Sanggup Berusaha Lebih dari Sepatutnya
Dalam  kerjaya .......  Anda seharusnya sanggup berusaha yang lebih daripada sepatutnya, maka dengan sendirinya anda akan memperolehi ‘Laba’ kejayaan yang luar biasa.

  1. Belajar Dari Kegagalan
Kegagalan diri atau orang lain adalah pembelajaran yang tulen ke arah kejayaan sejati.  

Kegagalan bukan bererti jatuh,
ia bererti tetap di situ bila anda sudah jatuh.
-Anonim-
Kegagalan.......biasanya akan membuat seseorang itu berusaha kembali, dengan usaha yang luar biasa lebih dari sepatutnya. Kejayaan akan muncul bila anda memutuskan untuk menempah ‘Kejayaan’.  

5.   Kepertanggungjawaban

Anda haruslah bertanggungjawab di atas kejayaan atau kegagalan serta sanggup memikul risiko dalam apa jua keputusan yang anda ambil. Jangan letakkan permasalahan itu kepada bahu orang lain di persekitaran anda dan jadikanlah diri anda sebagai contoh yang baik.

 Sudah menjadi sikap manusia sejagat, sekiranya hasil kerja anda kecil, anda akan ditinggalkan keseorangan, tetapi jika anda menghasilkan masterpiece, seluruh dunia akan menyanjung anda.

 Dunia dan Kejayaan adalah untuk orang yang bersemangat.

-William McFee
 
  1. Personaliti yang Menarik
Apabila anda telah menanamkan sikap yang baik, anda perlu juga menanamkan sikap – sikap positif. Andalah yang menentukan ‘Jenis Manusia yang manakah, yang anda ingin jadi ?’.

Kejujuran adalah ciri penting, personaliti yang baik. Maka kejayaan anda akan berkekalan.  

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang  akan dicapai.  -Hamka-

  1. Integriti Diri yang Sejati
Anda mempunyai kuasa untuk berfikir dan menghala pemikiran anda ke arah mana yang anda suka. Anda juga mempunyai kuasa untuk mengawal emosi anda. Emosi adalah keadaan minda yang boleh anda kawal melalui integriti diri yang sebenar. Orang lain hanya boleh membangkitkan emosi tetapi andalah yang memutuskan untuk menjiwainya atau tidak.

  1. Berkongsi Pendapat atau Maklumat
Kesanggupan untuk berkongsi idea, maklumat adalah suatu langkah yang bijak di dalam perhubungan “komunikasi dua hala”. Kombinasikan minda – minda beberapa orang adalah jauh lebih berkuasa dari minda anda seorang.  

Satu cara terbaik mendapat idea

yang baik ialah dengan

mendapat banyak idea.

-Linus Pauling-
 
  1. Wawasan yang Kreatif
Imaginasi adalah bingkai kepada minda.  Ia adalah tempat di mana idea – idea lama dapat diubahsuai kepada idea – idea baru. Imaginasi adalah hak anda, oleh itu anda berhak melihat diri anda sebagaimana yang anda inginkan. Lebih banyak anda gunakan imaginasi anda, maka diri anda akan lebih hebat dari apa yang anda sangkakan, kerana kejayaan anda adalah dari dalam diri anda sendiri. 

Semua ciptaan dan kejayaan manusia adalah bermula dari imaginasi, melalui kemahuan yang jitu dan tumpuan yang terkawal ianya dapat dijadikan satu realiti.

  1. Keyakinan Diri yang Sejati 

Percaya pada diri sendiri adalah rahsia pertama kejayaan

-Ralph Waldo Emerson- 

Tidak ada suatu pun kejayaan di dalam kehidupan dapat dicapai melainkan keyakinan diri yang sejati, di dalam pelaksanaannya.

Orang yang yakin bahawa harapannya tetap ada tidak akan berhenti di pertengahan usahanya, Pengalaman yang berulang akan menimbulkan keyakinan.

Pokok pangkalnya kejayaan adalah bersandarkan usaha “Mahu” dan “Buat”

-Pendeta-