Sunday 18 December 2011

Azam Peneraju Matlamat Hidup atau Sekadar Angan - angan......

Salam Sejahtera buat semua pembaca yang dihormati sekalian....

Bila dihitung hari demi hari, kita tidak lama lagi akan meninggalkan tahun 2011... Sudah pasti setiap dari kita sudah tertanam di sudut sanubari kita untuk menyimpan AZAM bila menjelang tahun baru ...

Bagaimana Azam tahun ini [2011] ? Adakah mencapai matlamatnya? atau sekadar angan - angan untuk dihebah - hebahkan pada rakan - rakan di awal tahun?

Pernahkan anda terfikir mengenai kehidupan anda 10 tahun akan datang ? Kepada anak didik yang tersayang..pernahkan kamu membayangkan keadaan hidup kamu setelah dewasa kelak? Adakah mendapat pekerjaan yang memberikan pulangan gaji yang beribu - ribu atau sekadar cukup makan sahaja...dan adakala hanya untuk beberapa hari saja ..selebihnya merintih pada keluarga terutama ibu dan bapa untuk penyambung dan penerus hidup sehingga 'cukup bulan'... Janganlah susahkan kehidupan orang tuamu setelah mereka bertungkus lumus selama ini ...bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkanmu dan memberi pendidikan kepada kalian semua... Tapi apa yang kamu balas ...adakah dengan belajar bersungguh - sungguh ? atau hanya bermain dan keluar dari rumah semata - mata ?

BilaKU melihat kedatangan para pelajar ke sekolah dengan pakaian yang selekeh dan beg yang kosong ...jauh di sudut hati jiwa ini terasa pilu kerana...sudah dapat menggambarkan kehidupan kalian apabila 10 tahun akan datang ....Anak didikku sekalian, usah lepaskan peluang untuk berjaya hanya kerana kesenangan yang sementara....Ingatlah..kemewahan yang kamu kecapi kini adalah hak milik orang tua kamu ....sampai bila kamu ingin bergantung dan bersandar pada mereka? Bila dah dewasa..mereka akan tua ..dan akhirnya kalian yang terpaksa berusaha sendiri untuk hidup senang seperti sekarang....

Sedarlah wahai anak didik ku sekalian,... kamulah yang akan meneruskan kehidupan sendiri dengan pendidikan yang kamu perolehi kini...kalau tidak mengubah sikap ...walau guru dari langit pun turun untuk mengajar kamu ..kamu tidak akan berubah..... KECUALI wujud kesedaran pada diri kamu sendiri .... Pilihan semuanya di tangan kamu..kita boleh menjadi apa sahaja, asalkan pilihan itu mampu untuk memberi manfaat kepada orang lain dan bukan menyusahkan.

Amatlah besar harapanKU, agar anak didikku sekalian Fokus dalam pelajaran mereka, dengan berbekalkan keputusan yang mantap, anda semua mampu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Usah difikirkan kewangan, kerana jika anda mendapat keputusan yang cemerlang...ada saja penaja yang akan memberikan biasiswa / pinjaman untuk kalian menyambung pelajaran.

Buat rakan - rakanku sama ada yang dah lama dikenali mahupun rakan yang baru ku kenali semasa bersama - sama Konvokesyen OUM 2011 yang lepas , amatlah besar harapan agar kalian semua sentiasa siap sedia dalam apa jua keadaan dan sentiasa bertekad untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Tidak kira dalam apa jua bidang dan kerjaya yang kalian lakukan.

Marilah kita bersama - sama berusaha untuk menghasilkan mutu kerja yang terbaik dan hebat.

Tidak salah untuk menanam apa jua AZAM dan adakalanya bila didengar agak mustahil dan sukar untuk dicapai...Tapi sedarlah rakanku sekalian...Anda bertanggungjawab dengan diri anda, keluarga dan masyarakat di sekeliling anda. Tidak salah berkongsi Azam tapi pastikan ianya disusuli dengan usaha yang jitu tanpa rasa rendah diri dan putus asa. Cabaran dan dugaan tetap wujud tidak kira kita sudah bersedia untuk menghadapinya atau datang secara tiba - tiba.....

Fikir - fikirkanlah .....

Selamat Menyambut Tahun Baru .....2012...

Friday 2 December 2011

Alasan atau Kebiasaan ...

Seringkali jika kita tidak selesai sesuatu tugas atau kerja , kita akan memberi pelbagai alasan. Tidak kira sebagai seorang pelajar, guru, kaki tangan kerajaan mahupun swasta.

Adakah ini hanya alasan semata - mata atau sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan.

Apabila alasan jadi kebiasaan....

Pernahkan anda terfikir, masa yang diberi 24 jam tapi masih tidak cukup lagi ? Atau hanya redha dan menjalankan corak kehidupan yang sama setiap hari ?

Untuk mencapai kecemerlangan hidup, kita semua harus sedar tanpa pengurusan masa dan disiplin diri yang kuat. Hal ini melibatkan sikap, di mana sikap manusia yang seringkali disusuli dengan pelbagai alasan.

Bahkan, sikap acuh tidak acuh kerap kali dirasionalkan kerana cuba diselindungi dengan alasan. Adakalanya alasan boleh meleraikan diri dari perangkap masa, malangnya apabila alasan terlalu kerap digunakan akan timbul kesan sampingan yang negatif dan akhirnya memberi tekanan kepada diri sendiri.

Mengapa saya berkata demikian.....sebagai contoh para pelajar yang tidak menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh guru...jadi bagi mengelakkan dimarahi oleh guru ..sudah tentu pelajar tersebut tidak akan datang ke sekolah dan menyebabkan mereka akan tertinggal pelajaran... akhirnya pelajar ini akan tercicir, berhenti sekolah dan terus terbiar tanpa dipedulikan ....Ini menyebabkan tekanan hidup yang berterusan dan mereka akan terjebak dengan kehidupan negatif dan melakukan perkara - perkara yang bakal menghimpit kehidupan mereka suatu masa nanti.

Oleh itu, kepada pembaca sekalian harus diubah sikap suka melengah - lengah kerja dan pengabaian tugas kerana ini dapat mengelakkan seseorang itu dari berasa tidak selesa.

Di mana hala tuju kita sebenarnya? ..kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Haruslah sedar anda semua adalah seri kandi dan wira negara yang bakal mewarisi pemerintahan negara. Jangan amalkan memberi alasan jika tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sama ada di sekolah, di rumah dan urusan peribadi.

Sedarlah wahai anak didik ku dan rakan - rakan semua yang sudi membaca coretan perkongsian ilmu ini untuk sama - sama berganding bahu untuk merubah kehidupan ke arah yang lebih cemerlang dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa bagi mengecapi kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang.