Friday 2 December 2011

Alasan atau Kebiasaan ...

Seringkali jika kita tidak selesai sesuatu tugas atau kerja , kita akan memberi pelbagai alasan. Tidak kira sebagai seorang pelajar, guru, kaki tangan kerajaan mahupun swasta.

Adakah ini hanya alasan semata - mata atau sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan.

Apabila alasan jadi kebiasaan....

Pernahkan anda terfikir, masa yang diberi 24 jam tapi masih tidak cukup lagi ? Atau hanya redha dan menjalankan corak kehidupan yang sama setiap hari ?

Untuk mencapai kecemerlangan hidup, kita semua harus sedar tanpa pengurusan masa dan disiplin diri yang kuat. Hal ini melibatkan sikap, di mana sikap manusia yang seringkali disusuli dengan pelbagai alasan.

Bahkan, sikap acuh tidak acuh kerap kali dirasionalkan kerana cuba diselindungi dengan alasan. Adakalanya alasan boleh meleraikan diri dari perangkap masa, malangnya apabila alasan terlalu kerap digunakan akan timbul kesan sampingan yang negatif dan akhirnya memberi tekanan kepada diri sendiri.

Mengapa saya berkata demikian.....sebagai contoh para pelajar yang tidak menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh guru...jadi bagi mengelakkan dimarahi oleh guru ..sudah tentu pelajar tersebut tidak akan datang ke sekolah dan menyebabkan mereka akan tertinggal pelajaran... akhirnya pelajar ini akan tercicir, berhenti sekolah dan terus terbiar tanpa dipedulikan ....Ini menyebabkan tekanan hidup yang berterusan dan mereka akan terjebak dengan kehidupan negatif dan melakukan perkara - perkara yang bakal menghimpit kehidupan mereka suatu masa nanti.

Oleh itu, kepada pembaca sekalian harus diubah sikap suka melengah - lengah kerja dan pengabaian tugas kerana ini dapat mengelakkan seseorang itu dari berasa tidak selesa.

Di mana hala tuju kita sebenarnya? ..kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Haruslah sedar anda semua adalah seri kandi dan wira negara yang bakal mewarisi pemerintahan negara. Jangan amalkan memberi alasan jika tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sama ada di sekolah, di rumah dan urusan peribadi.

Sedarlah wahai anak didik ku dan rakan - rakan semua yang sudi membaca coretan perkongsian ilmu ini untuk sama - sama berganding bahu untuk merubah kehidupan ke arah yang lebih cemerlang dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa bagi mengecapi kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang.

1 comment: