Monday 12 March 2012

Kejayaan bermula apabila

 ada usaha Mahu dan Buat


Idea yang amat bernilai dan baik itu, adalah petunjuk Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. Pelaksanaannya pula adalah bila mana anda memutuskan “Mahu” dan “Buat”.

Mantapkanlah pendirian anda dan tingkatkan keberanian anda untuk menjadikan idea anda menjadi satu realiti. Apa yang telah dilahirkan oleh minda anda, anda patut percaya. Jika ada perubahan pun, anda hanya cuma perlu melakukan perubahan yang kecil sahaja.


Anda adalah tuan dan hakim untuk memutuskan, sama ada idea itu akan dilaksanakan atau tidak. Jika anda ingin melaksanakannya dan kurang pengetahuan atau pengalaman, bertanyalah pada orang yang tahu.


Biarkan anda banyak impian, jangan banyak mimpi. Orang yang berjaya, banyak impian dan menjadikan setiap impiannya sebagai realiti atau kenyataan.  

Renungkanlah kata – kata ini.....  

Jangan hiraukan apa orang lain lakukan.
Buatlah lebih baik dari apa yang anda lakukan kini,
kalahkan rekod anda dari hari ke hari dan
 anda adalah seorang yang berjaya.
-William J. H. Boetcker

 Prinsip – prinsip Kejayaan jika “Mahu” dan “Buat”


  1. Sikap Diri dan Mental yang Positif
Hanya diri anda sendiri yang dapat mengawal sikap dan pendirian anda untuk menukar kehidupan anda menjadi lebih baik. Mereka di sekeliling anda hanya boleh mempengaruhi atau memberikan saranan tetapi harus diingat, andalah yang mengawal minda anda, sama ada menerima atau menolak sesuatu situasi itu.


  1. Tujuan dan matlamat yang jelas
Anda perlu tahu dengan jelas ‘Ke mana hala tuju anda?’. Ianya lebih dari memantapkan matlamat, ia adalah ibarat ‘Sebuah peta, perjalanan untuk menuju objektif keseluruhan kehidupan anda’.


Sebenarnya, kejayaan bukan diperolehi dengan sekelip mata sahaja, ia perlu diusahakan hinggalah pengikhtirafan yang sepatutnya anda perolehi. 

Renungkanlah bait – bait puisi ini...

Sebatang pena akan diisi dengan keringat sebagai tinta,

buat kulukis sebuah bulatan kecil bernama tekad.

kemudian akan kuletakkan cita – cita
di dalam bulatan itu,

di luarnya akan kulakar pula sebuah taman ilmu

dengan sebuah menara bertangga gading,

akan kuletakkan bulatan itu di puncaknya

dengan kudrat dan doa.

 Awang Abdullah ,DBP 2008


  1. Sanggup Berusaha Lebih dari Sepatutnya
Dalam  kerjaya .......  Anda seharusnya sanggup berusaha yang lebih daripada sepatutnya, maka dengan sendirinya anda akan memperolehi ‘Laba’ kejayaan yang luar biasa.

  1. Belajar Dari Kegagalan
Kegagalan diri atau orang lain adalah pembelajaran yang tulen ke arah kejayaan sejati.  

Kegagalan bukan bererti jatuh,
ia bererti tetap di situ bila anda sudah jatuh.
-Anonim-
Kegagalan.......biasanya akan membuat seseorang itu berusaha kembali, dengan usaha yang luar biasa lebih dari sepatutnya. Kejayaan akan muncul bila anda memutuskan untuk menempah ‘Kejayaan’.  

5.   Kepertanggungjawaban

Anda haruslah bertanggungjawab di atas kejayaan atau kegagalan serta sanggup memikul risiko dalam apa jua keputusan yang anda ambil. Jangan letakkan permasalahan itu kepada bahu orang lain di persekitaran anda dan jadikanlah diri anda sebagai contoh yang baik.

 Sudah menjadi sikap manusia sejagat, sekiranya hasil kerja anda kecil, anda akan ditinggalkan keseorangan, tetapi jika anda menghasilkan masterpiece, seluruh dunia akan menyanjung anda.

 Dunia dan Kejayaan adalah untuk orang yang bersemangat.

-William McFee
 
  1. Personaliti yang Menarik
Apabila anda telah menanamkan sikap yang baik, anda perlu juga menanamkan sikap – sikap positif. Andalah yang menentukan ‘Jenis Manusia yang manakah, yang anda ingin jadi ?’.

Kejujuran adalah ciri penting, personaliti yang baik. Maka kejayaan anda akan berkekalan.  

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang  akan dicapai.  -Hamka-

  1. Integriti Diri yang Sejati
Anda mempunyai kuasa untuk berfikir dan menghala pemikiran anda ke arah mana yang anda suka. Anda juga mempunyai kuasa untuk mengawal emosi anda. Emosi adalah keadaan minda yang boleh anda kawal melalui integriti diri yang sebenar. Orang lain hanya boleh membangkitkan emosi tetapi andalah yang memutuskan untuk menjiwainya atau tidak.

  1. Berkongsi Pendapat atau Maklumat
Kesanggupan untuk berkongsi idea, maklumat adalah suatu langkah yang bijak di dalam perhubungan “komunikasi dua hala”. Kombinasikan minda – minda beberapa orang adalah jauh lebih berkuasa dari minda anda seorang.  

Satu cara terbaik mendapat idea

yang baik ialah dengan

mendapat banyak idea.

-Linus Pauling-
 
  1. Wawasan yang Kreatif
Imaginasi adalah bingkai kepada minda.  Ia adalah tempat di mana idea – idea lama dapat diubahsuai kepada idea – idea baru. Imaginasi adalah hak anda, oleh itu anda berhak melihat diri anda sebagaimana yang anda inginkan. Lebih banyak anda gunakan imaginasi anda, maka diri anda akan lebih hebat dari apa yang anda sangkakan, kerana kejayaan anda adalah dari dalam diri anda sendiri. 

Semua ciptaan dan kejayaan manusia adalah bermula dari imaginasi, melalui kemahuan yang jitu dan tumpuan yang terkawal ianya dapat dijadikan satu realiti.

  1. Keyakinan Diri yang Sejati 

Percaya pada diri sendiri adalah rahsia pertama kejayaan

-Ralph Waldo Emerson- 

Tidak ada suatu pun kejayaan di dalam kehidupan dapat dicapai melainkan keyakinan diri yang sejati, di dalam pelaksanaannya.

Orang yang yakin bahawa harapannya tetap ada tidak akan berhenti di pertengahan usahanya, Pengalaman yang berulang akan menimbulkan keyakinan.

Pokok pangkalnya kejayaan adalah bersandarkan usaha “Mahu” dan “Buat”

-Pendeta-

No comments:

Post a Comment